Tuesday, October 21, 2014

Happy Deepavali!


Lihat pada gambar. Aku dah menyarung kembali 'Topi Keselamatan' dimana aku sarungkannya dahulu di kepala ketika aku bkhidmat di Mmhe. Selain production dan operation punya aktiviti, aku kini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kerja-kerja construction di Kerry Ingredients Sdn Bhd.
Alhamdulillah walau terkadang merungut bila terlalu banyak yang dipertanggungjawabkan.

Aku perlukan Team work untuk department ini. Sejak mula berkidmat sehingga kini aku sendiri menjalani segala aktiviti berkaitan safety. Kadang tidak termampu untuk mengawal semua tetapi cukup lahh sekadar yang praktik sahaja.

Dulu masa belajar nak cepat habis belajar dan nak bekerja. Bila dah bekerja rasa penat, boring semua ada. Kehidupan oh kehidupan.

Aku mencari sesuatu untuk hidup ini. Aku cuba untuk mengenal erti kemahuan diri dan kehendak diri yang sepatutnya aku mampu miliki. Aku juga sama punya cita-cita, harapan, impian dan segala yang aku mahukan dalam hidup seperti orang lain juga. Usaha tangga kejayaan. Tapi aku mudah putus asa. Wake up Nurul Lizainy!

Aku yakin semuanya akan baik-baik sahaja. InsyAllah. Aku yakin kalau ianya milik aku, pasti akan jadi milik aku. Aku terima ketentuan dan takdir Ilahi. Aku mula sedar, adakala aku harus bertindak adil tanpa memikirkan kebahagian aku sendiri sedangkan hatinya terpaksa. Aku relakan kalau itu yang terbaik.

Dua perkara yang penting dalam hidup ini. Keluarga tercinta dan kehidupan NLEY. Mereka yang sangat teristimewa. Tiada tukar gantinya sehingga ke degupan jangtungku yang terakhir. Izinkan aku seorang hamba Allah yang tidak pernah sempurna, terlalu banyak kekurangan dan kelemahan ini, izinkan aku untuk terus letakkan mereka terpahat kekal dihati yang semakin luka ini. Dunia, akhirat adalah mereka!

Tiada kata seindah maksud didalam hati yang lama terbeku ini. Salam Deepavali buat kaum India yang akan menyambut hari perayaannya esok. Happy DEEPAVALI to all Indian guys!

Wassalam.

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction