Friday, June 19, 2015

Hal Kehidupan

Assalamualaikum dunia .

Apa khabar? Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya.
Aku belum terlupa untuk mengucapkan "Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak"!

Bersama-sama kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyAllah. Baru hari pertama berpuasa semalam singgah bazar berduyun-duyun orang tau. Sambutan bulan puasa yang sangat meriah. Alhamdulillah syukur kepadanya. Ps: Jangan ponteng puasa yaa kawan-kawan!

Alhamdulillah sehingga ke 3 June yang lepas, genaplah umur aku yang ke-25 tahun. Rasa dah semakin meningkat umur tuhh. Tapi masih belum berpunya. Sang adam. Calon pon takda. Kalau dah jodoh tak kemana kan. Cepat atau lambat sahaja. Kita merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Bercakap soal khawin nehh, bukan dah miang sangat. Tapi org sekeliling sibuk dok bertanya. Sedara-mara, keluarga dan kawan-kawan. Apa yang boleh aku sampaikan, aku masih tidak bersedia dan aku masih tak memikirkan ke soal itu lagi. Hati dan diri bukan cerewet atau memilih, tapi aku tak nak terburu-buru. Mungkin bukan sekarang waktunya, InsyAllah, sampai lahh kad khawin aku kelak. Doa-doakan lahh.

Masa birthday hari tuhh, tak sambut mana pon. Tapi aku disambut dengan telur dan tepung pada pembukaan dan penutup hari kelahiran aku itu. Aku tak expect pon semua tuhh. Sebab masing-masing dengan gahnya berlakon kan. Phhuiii ! Aku terkena ! Nak marah apa? Sebab time org lain, aku lahh kepala yang kenakan mereka.

Opening dah kena. Closing pon kena taw. Paling best bila masing-masing dengan poyo kan nyanyi utk aku, konon-konon nak tangkap gambar sambil nyanyi. Aku tak expect apa-apa bila dorang minta adik ambil video. Sedang nyanyi-nyanyi, aku dengar adik jerit "Abg Nazri!" Aku disuruh berdiri didepan. Aku pusing sahaja ke belakang, 3 biji telur pecah atas kepala aku. SETAN ! Belum sempat cakap apa-apa, satu lagi biji telur tepek kt kepala aku. Kuang Hasam betul lahh ! Propa jaa dorang nehh semua taw ! Mandi telur aku gamaknya.

Aku happy sangat. Paling happy sebab someone aku buat surprise datang dari belakang bawak sejambak rose putih, kek beserta belon "Happy Birthday" (yang kat gambar default profile aku depan tuhh) sambil nyanyikan lagu Happy Birthday. Wahh ! Dia tak pernah miss untuk buat surprise birthday aku. Awesome thanks sayang! Aku hargainya. Terima kasih kerana masih sudi buat aku rasa tersangat dihargai. I'm speechless! 

Wahai sang pujangga, aku mohon maaf atas segala kesilapan, kesalahan dan tingkah laku yang telah menyakiti hatimu. Menitis airmata ini bila teringatkan segalanya tentang kita. Kenangan pahit manis bersama, disaat bangun dan jatuh bersama, Disaat aku mula nak mengenali kehidupan. Disaat segalanya bermula. Terima kasih untuk segalanya. Mana mampukah aku untuk padamkan kau dalam hiidup ini, Ema Malina! Aku cuma manusia biasa. Aku akan khawin selepas kau diijabkabulkan, itu janji aku! Kerana dialah sahabat, dialah kawan, dialah teman dan dialah juga lawan. She is my everything. Dan aku tak lupa untuk ucap selamat ulangtahun NLEY hari ini yang ke berapa aku tak ingat. But almost 10years! A ver long time relationships that i ever had in my life!

Duhai hati dan perasaan ini, tunjukkan aku sesuatu. Aku buntu. Aku kusut. Aku sunyi. Aku sepi. Aku sayu. Aku terdiam. Aku meronta. Aku terlalu berharaap. Sampai terkadang aku menitiskan airmata dengan mudahnya. Bersabarlah wahai hati. Mungkin ada sesuatu yang terbaik buat diri ini. InsyAllah.

Aku yakin dan aku pasti, setiap orang didalam hidup pasti akan merasakan cobaan dan masalah, keraana itulah takdir hidup kita, dan kita tidak boleh menyerah begitu saja. Denagn adanya masalah kita akan belajar untuk bersikap lebih dewasa dan bijaksana. Ingatlah juga setiap masalah yang datang pasti akan mendapat keindahan diakhirnya nanti. InsyAllah aku tak mudah putus asa untuk menghadapai cobaan hidup yang makin berat ini. Aminn Ya Rabbal Alaminnnn :)

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction