Monday, October 26, 2015

STOP EVERYTHING...


Hai blogger. Hi si peneman hidup walau tak kelihatan. Hai tempat mengadu walau aku tak boleh peluk dan tumpang menangis dibahu kau. Hai segala tempat aku luah rasa hati yang akan ada org umum baca luahan hati ini. Hai teman, kekasih gelap dan nota yang aku titipkan segala rasa hati disini. 

Assalamualaikum ...

Kenapalah blogger ini bukan individu yang akan ada feedback two way communication yang aku boleh dapat semangat dan sokongan dari dia? Kenapa lahh blogger nehh bukan orang yang aku boleh peluk erat lepaskan segala rasa ini. Kenapa bukan kau blogger?

Aku perlukan kau. Aku perlukan seseorang yang aku boleh sandarkan kepala ini dibahu kau. Aku cuma nak tumpang menangis sepuas-puasnya dibahu itu. Aku nak kau turut rasai apa yang aku rasa disaat dan tika ini. Berilah aku kekuatan dan semangat yang telah hilang ini.

Stop crying and stop trying to control everything and just let go. Aku teramat kecewa dan aku benar-benar terluka. Akhirnyakan, bertahun itu tiada maknanya lagi. Tiada lagi yang perlu dikenangkan. Tiada lagi segalanya tentang kita. Apakah kau tahu dan rasa apa yang aku rasa tika dan saat aku tahu segaalanya yang teramat melukakan dibelakang aku? Apakah kau tak fikir atau apakah kau tak punya perasaan? Kau selfish memikirkan kebahagian kau seorang sahaja! Aku benci kau sangat! Benci-sebencinya kali ini.

Aku ikhlas, setia menanti penuh kesabaran tapi kau balas dengan penkhianatan. Aku tak nak kenal kau lagi dan aku takkan beri kau peluang lagi. Kerana aku cukup terluka dan luka ini takkan terubat walau apa sekalipon. Aku benci kau seumur hidupku. Pergi dan jangan kembali lagi dalam hidup aku!

Aku mula padamkan segala tentang kita. Aku cukup terkilan. Sampai terkadang aku tertanya, apakah salah aku sampai begini kau khianati aku? Apakah aku cuma layak untuk terus disakiti berulangkali? Sumpah aku cukup terluka dan kali ini aku lepaskan dengan hati yang terbuka dan jangan pernah datang lagi dalam kamus hidup aku.

Aku sayang segalanya dan kali ini aku akan move on untuk kehidupan yang lebih baik. InsyAllah walau aku tahu agak sukar untuk aku hadapi semua ini. Aku kuat dan aku pasti dengan adanya sokongan dari orang-orang yang tetap ada dikala aku tinggalkan mereka diwaktu aku bersama kau.

Kepada mereka yang kini ada disisi, maafkan aku atas sikap sebelum ini dan terima kasih kerana setia dengan aku ketika aku bahagia dan jatuh ini. Terima kasih dan aku tersangat menghargainya. Im speechless bila mereka datang dan mengambil berat akan tentang diri aku walau aku dalam keadaan duka sebegini. Terima kasih semua. Sokongan dan semangat yang mereka berikan adalah tangga untuk aku terus berusaha cekal dan tabahkan diri menghadapi saat-saat getir ini. Amin.

Walau aku tak kenal kau, tapi dengan pekanya kau tentang aku dan perjalanan hidup aku. Beri aku peluang untuk berubah. Tak sangka kan. Ada juga insan yang menghargai aku dalam diam dan aku tidak pernah tahu selama ini. Aku terharu namun tidak lahh semudah itu aku nak melupakan apa yang telah berlaku. Beri aku masa untuk aku menerima kawan yang aku tidak pernah kenal asal usulnya. Aku tahu telah lama kau cuba dan menanti, namu aku masih tidak bersedia dan aku perlu waktu. Aku bukan manusia yang sempurna dan aku perlu perbaiki diri sebelum aku ke langkah seterusnya dalam kehidupan. Alhamdulilah masih ada yang menghargai aku.

A big thanks to kakak yang selalu dengar luahan aku juga. Adek yang sentiasa faham akan perasaan dan masalah yang dihadapi oleh kakaknya. Aku tak terucap jutaan terima kasih itu. Akan aku jadikan nasihat itu sebagai pedoman agar aku mampu dan boleh kuat macam kau kakak ! Terima kasih !

Aku sayang mereka selamanya dan selamanya.
Terima kasih sekali lagi. Hati yang penuh luka, NLAD.
Read more ...

Friday, October 23, 2015

Its Friday...

Alhamdulillah its Friday again. 
Astagfirullah for my past. 
Alhamdulillah for my present and InsyaAllah for my future.


Just done dance training with my friends. Wahh, belajar menari pulak aku kan. Multi-purpose pulak rasa bila semua aku get involve. Bukan tamak tapi aku saja nak mengisi masa lapang. Masa banyak terluang dah sekarang nehh. Bebas nak melakukan apa sahaja.

Tett gambar kat atas saja nak promote colorful hari ini pergi kerja. Ada sikit semangat lahh.
Tuhh senyum ada banyak sikit. Buat lahh apa pon selagi aku masih untuk mampu ukirkan senyuman.
Bahagia didalam siapa tahu kan. So far im a quite happy dengan kehidupan sekarang.
Semakin membaik, alhamdulillah.

Next week dah start audition untuk dance. Nervous sebab first time but aku cuba buat yang terbaik untuk team. As long aku tak kekok dan tak lupa step insyAllah team nehh nampak perfect.

So tonight nak pergi Netball friendly dekat Stadium Pasir Gudang. Alang-alang pekasam kan memang tight schedule aku. So terus kesana untuk friendly plus training jugak lahh.
We'all prepare untuk game 31 Oct nehh di Kulai nanti. For sure my team akan turut sertakan diri lahh yee.

Okay see you later. Semoga apa yang aku impikan dan apa yang aku harapkan tercapai suatu masa dan suatu hari nanti! Doakan aku yaa kawan-kawan!

Aku dan rinduku yang masih untukmu selamanya..

Salam Jumaat :)
Read more ...

Thursday, October 22, 2015

BE STRONG NLAD


PLEASE STAY STRONG NLAD !
At the end, ayat ini yang mampu aku ucapkan untuk aku lebih yakin dan kuat.
Walau sebenarnya,


Lemah-selemahnya. Aku tersentak dengan segalanya yang akan berakhir kali ini. Aku telah cuba dan buat yang terbaik, namun aku masih gagal dalam perhubungan. Aku masih lemah dan aku masih tak mampu nak menjadi seoorang partner yang sempurna. Kekurangan dan kelemahan ini akhirnya buat kau kecewa dan terluka. Maafkan aku. 

Wahai hati bersabarlah jika ini dugaan yang harus aku terima. Terimalah dengan hati yang terbuka bahawa dirinya bukan untuk kau. Terimalah jika memang aku tidak ditakdirkan untuk kau. Tidak ditakdirkan untuk bersama. Terimalah dengan redha dan tulus walau pahit yang akan aku lalui. Mungkin Tuhan dan merencanakan sesuatu yang baik untuk aku dan engkau. 

Terima kasih atas kata-kata dan ungkapan yang kau luahkan dan ianya buat aku faham dan mengerti. Sumpah aku rasa sungguh kecewa dan sayu dengan semua yang terjadi. 

Terangi malamku dengan syair indahmu, 
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu,  
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini, 
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa, 
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran, 
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu, 
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini, 
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu, 
Warna pelangi hiasan terindah, 
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi, 
Menuju aku kepadamu jadi satu, 
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu, 
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini, 
Sampai harus ku pergi...

Dedicated this song only for you. the one yang aku takkan pernah berhenti untuk terus rindu.
Isi hati, NLAD
Read more ...

Monday, October 19, 2015

NLEY Anniversary


Hello! Hi peeps! Today was my happy day. Know why? Mestilah gembira sebab hari ini adalah hari ulangtahun NLEY yang ke 10 Tahun berapa bulan dah tak ingat. Need to recounting back. Tarikh 19hb adalah tarikh permulaan aku dan dia. Lama sangat dah kan. Pejam celik mata nehh dah hampir sepuluh tahun. Siapa sangka kan. Pahit getir hidup dan pengorbanan....lalalalalala ... 

Aku tahu tidak akan ada ucapan dari kau. Dan aku juga tak mampu nak ucapkan melalui pesanan ringkas atau whatsapp. Bukan kerana aku ego. Tapi cukup lahh sekadar aku mengucapkannya disini. Ini pon dah cukup kau tahu bahawa aku tidak pernah lupakan kau.


Lihat gambar diatas. Wahh! Throwback aku saat indah ketika ini. She's the one yang selalu ada. Dia satu-satunya yang ajar aku tentang segalanya yang aku tak tahu. Samada yang baik atau yang tidak baik. Hihihhi . Kekadang lahh kan. Yang banyaknya adalah kebaikan. Siapa sangka dia juga selalu menitiskan airmata disebabkan sikap aku yang kadang-kadang membuatkannya benar-benar patah hati. 


Duhai insan yang amat aku cintai sepanjang hidup ini selain keluarga tercinta, Selamat Ulangtahun NLEY ! Aku rindu dan aku sayang akan segalanya tentang kita. Ianya teristimewa. Mungkin jarak yang memisahkan kita ini adallah ketentuannya. Aku redha. dan sesungguhnya aku pasrah dengan ketentuanmu Tuhan. Kita merancang dan Tuhan yang menentukannya kan. Aku telah cuba yang terbaik untuk relay ini. Namun hati ini juga telah luluh untuk bertahan.

Namun sayang, hati ini tak pernah menjadi milik orang lain. Ianya masih terpahat nama kau. Masih tersemat dihati dan diri ini segalanya tentang kita. Kebahagiaan yang kita sama-sama createkan sehingga sekarang masing-masing mencari haluan bersendirian. Suka dan duka yang dilalui bersama. Saat kau payuni aku ketika hujan, saat kau suapkan makan ke dalam mulutku ketika aku terlantar sakit dan segala-galanya yang tak mampu aku taip panjang lebar. Adakah kau masih ingat dan simpan kenangan kita itu sayang?

I love the way you are. Sumpah dan janji sampai aku mati. Semoga semuanya baik-baik sahaja yee sayang. Semoga kau lebih bahagia dengan apa yang kau idam dan harapkan. Cukup kau tahu, aku tak pernah berhenti untuk terus rindu, sayang dan cintakan kau seumur hidupku. Takkan pernah untuk aku berhenti untuk terus mendoakan kau dan berharap agar jika kau ditakdirkan untuk aku, aku pasti, apabila pintu hati ini terbuka, u'll be mine selamanya. 

Selamat Ulangtahun, NLEY. Lots of love, NLAD.
Read more ...

Saturday, October 17, 2015

Semalam


Semalam terdetik rasa rindu yang teramat sangat apabila aku sarungkan kasut futsal Nike Gato warna kuning pemberian hadiah hari jadi aku tiga tahun yang lepas. Masih utuh dan kuat kasut itu walau dah berjahit dibahagian tapaknya. Adakah seutuh juga relation antara kau dan aku?

Semalam, teringat akan pekik marah dia apabila aku mula tak perform dalam latihan atau perlawanan persahabatan. Teringat saat dia mengelapkan peluhku, beri aku air dan beri aku semangat untuk terus buat yang terbaik. Bukan hanya sewaktu pertandingan. Apa-apa jua perlawanan sekalipon. Dia akan sentiasa menemani dan akan senantiasa disisi memberi sokongan dan pekikan yang kadang buat aku tersentuh hati dan menangis.

Itu  semalam apabila semuanya terdetik merasai kehilangannya. Ohh! Aku rindu! Berharap agar kau tak lari jauh dari hidup dan hati ini. Apakah aku tak mampu untuk mengekalkannya lagi kali ini? Persoalan demi persoalan masih bermain difikiranku. Aku cuma buat yang terbaik dan aku cuma inginkan yang terbaik. Terkadang terlalu memikirkan perasaan sendiri, perasaan orang lain aku abaikan dan aku ketepikan. Maafkan aku.

Semalam juga, si stalker! Dan aku rasa memang dia layak untuk dipanggil shit stalker oleh aku. Menyamar atau menggunakan nama ig lain untuk stalker ig aku. Untuk apa? Menggunakan ig baru, bukan pelik tapi engkau lahh follower dan engkau lahh following ig baru tersebut. Bodoh ! Why so stupid nak jadi heroin kononnya ? What the fuck lahh !

Why so angry? Yes. Aku marah sangat. Sebab dirinya tiada kaitan langsung dalam hidup aku dan apa perlu nak tahu tentang hidup aku ? Get your own life please ! Stupid sangat !

Hari ini kerja setengah hari. Sambung balance kerja semalam dan report yang tak dihantar semalam. Semakin membaik. Alhamdulillah. Semooga Tuhan permudahkan segala urusan aku hari ini, esok dan hari seterusnya. Aminn.

P/S : I miss you so badly , She Can't Be Named. Walau dari jauh :( Bye.

Read more ...

Friday, October 16, 2015

Terhenti Seketika ...


Terhenti seketika aku kali ini. Menarik nafas lega dengan apa yang berlaku. Aku semakin rasa tabah. Semakin aku berani untuk berhadapan dengan kenyataan walau disaat tertentu itu air mata mengalir. Apakan daya, airmata sudah tiada ertinya lagi. Sia-sia. Menangis untuk sesuatu yang dah berakhir. Tiada gunanya namun aku tetap menangis kerana bahagia yang aku kecapi walau Tuhan pinjamkannya kepadaku hanya sebentar sahaja.

Aku masih mampu tersenyum walau senyum itu mungkin "FAKE" dimata mereka yang memahami isi hati ini. Memahami perasaan aku ketika dan waktu ini. Bergelora rasa hati. Mencari sesuatu yang boleh menghiburkan hati. Sesuatu yang boleh membuat senyuman ini terukir dibibir. Alhamdulillah, berkat keinsafan aku yang mula ke jalanmu Ya Allah, aku kini tabah dan kuat dan tidak selemah seperti dulu.

Betul dan aku sokong senyuman tak bermakna atau menunjukkan yang aku bahagia saja. Tapi senyuman juga tunjukkan yang aku strong enough. Come on Liz ! Aku boleh dan aku pasti boleh !

Dugaan demi dugaan yang datang dalam hidup ini. Ujian demi ujian yang aku terima. Inikan yang dinamakan manusia. Seperti manusia yang lain juga, pasti ada dugaannya. Dan kenapa pula mereka boleh dan aku tidak kan ? Disitu aku letakkan keyakinan. Putus cinta tak bermakna segalanya dah berakhir. Orang lain lagi teruk , lagi hebat dugaannya. Sedangkan aku yang cuma tekapai-kapai dan dihanyut dengan rasa putus cinta sahaja dah tak mampu nak harunginya ? Ohh! Tidak. Mungkin dulu aku ditapak itu, akan tetapi tidak lagi sekarang.

Mengertilah hati ini. Mengertilah apa mahunya aku disisimu. Aku bagai tiada tempat bermanja, tiada tempat mengadu. Tiada tempat untuk meletakkan kepala ini menumpang kasih dibahumu ketika air mata mengalir dipipi. Menagih kasih sayang yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Aku menagih segalanya. Sememamngnya aku adalah seorang yang ingin selalu dibelai, dimanja dan disisi sentiasa. Namun, aku gagal untuk terakhir kalinya.

Kerana silap, aku diabaikan. Kerana pentingkan diri, aku diketepikan. Kerana tak pernah fikirkan perasaan seseorang, aku sendiri makan hati. Segalanya bermula dengan aku. Maafkan aku atas segala-galanya. Kau yang terindah dan akan selamanya bersemadi dihati dan jiwa ini walau tiada lagi nama ini terpahat dihati dan hidupmu, Aku relakan jiwa. Aku pasrahkan diri menerima takdir kehidupan dan cinta ini. 

Sesungguhnya, aku adalah insan biasa. Yang tak punya apa-apa dan aku senantiasa sedar akan segala kekurangan itu. Maafkan aku dan aku melangkah pergi untuk melihat kau bahagia dengan hidup yang kau pilih. Aku redha dengan ketentuannya. Mungkin Tuhan telah menentukan sesuatu yang lebih baik untuk diri ini dan diri kamu, insan tersayang.

Salam rindu berserta sayang dari aku buat kau "She can't be named". Doaku agar kau selalu bahagia dan menjadi yang terbaik untuk yang akan datang.
Read more ...
nlad
A women with a different kinds of addiction