Monday, October 19, 2015

NLEY Anniversary


Hello! Hi peeps! Today was my happy day. Know why? Mestilah gembira sebab hari ini adalah hari ulangtahun NLEY yang ke 10 Tahun berapa bulan dah tak ingat. Need to recounting back. Tarikh 19hb adalah tarikh permulaan aku dan dia. Lama sangat dah kan. Pejam celik mata nehh dah hampir sepuluh tahun. Siapa sangka kan. Pahit getir hidup dan pengorbanan....lalalalalala ... 

Aku tahu tidak akan ada ucapan dari kau. Dan aku juga tak mampu nak ucapkan melalui pesanan ringkas atau whatsapp. Bukan kerana aku ego. Tapi cukup lahh sekadar aku mengucapkannya disini. Ini pon dah cukup kau tahu bahawa aku tidak pernah lupakan kau.


Lihat gambar diatas. Wahh! Throwback aku saat indah ketika ini. She's the one yang selalu ada. Dia satu-satunya yang ajar aku tentang segalanya yang aku tak tahu. Samada yang baik atau yang tidak baik. Hihihhi . Kekadang lahh kan. Yang banyaknya adalah kebaikan. Siapa sangka dia juga selalu menitiskan airmata disebabkan sikap aku yang kadang-kadang membuatkannya benar-benar patah hati. 


Duhai insan yang amat aku cintai sepanjang hidup ini selain keluarga tercinta, Selamat Ulangtahun NLEY ! Aku rindu dan aku sayang akan segalanya tentang kita. Ianya teristimewa. Mungkin jarak yang memisahkan kita ini adallah ketentuannya. Aku redha. dan sesungguhnya aku pasrah dengan ketentuanmu Tuhan. Kita merancang dan Tuhan yang menentukannya kan. Aku telah cuba yang terbaik untuk relay ini. Namun hati ini juga telah luluh untuk bertahan.

Namun sayang, hati ini tak pernah menjadi milik orang lain. Ianya masih terpahat nama kau. Masih tersemat dihati dan diri ini segalanya tentang kita. Kebahagiaan yang kita sama-sama createkan sehingga sekarang masing-masing mencari haluan bersendirian. Suka dan duka yang dilalui bersama. Saat kau payuni aku ketika hujan, saat kau suapkan makan ke dalam mulutku ketika aku terlantar sakit dan segala-galanya yang tak mampu aku taip panjang lebar. Adakah kau masih ingat dan simpan kenangan kita itu sayang?

I love the way you are. Sumpah dan janji sampai aku mati. Semoga semuanya baik-baik sahaja yee sayang. Semoga kau lebih bahagia dengan apa yang kau idam dan harapkan. Cukup kau tahu, aku tak pernah berhenti untuk terus rindu, sayang dan cintakan kau seumur hidupku. Takkan pernah untuk aku berhenti untuk terus mendoakan kau dan berharap agar jika kau ditakdirkan untuk aku, aku pasti, apabila pintu hati ini terbuka, u'll be mine selamanya. 

Selamat Ulangtahun, NLEY. Lots of love, NLAD.

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction