Saturday, October 17, 2015

Semalam


Semalam terdetik rasa rindu yang teramat sangat apabila aku sarungkan kasut futsal Nike Gato warna kuning pemberian hadiah hari jadi aku tiga tahun yang lepas. Masih utuh dan kuat kasut itu walau dah berjahit dibahagian tapaknya. Adakah seutuh juga relation antara kau dan aku?

Semalam, teringat akan pekik marah dia apabila aku mula tak perform dalam latihan atau perlawanan persahabatan. Teringat saat dia mengelapkan peluhku, beri aku air dan beri aku semangat untuk terus buat yang terbaik. Bukan hanya sewaktu pertandingan. Apa-apa jua perlawanan sekalipon. Dia akan sentiasa menemani dan akan senantiasa disisi memberi sokongan dan pekikan yang kadang buat aku tersentuh hati dan menangis.

Itu  semalam apabila semuanya terdetik merasai kehilangannya. Ohh! Aku rindu! Berharap agar kau tak lari jauh dari hidup dan hati ini. Apakah aku tak mampu untuk mengekalkannya lagi kali ini? Persoalan demi persoalan masih bermain difikiranku. Aku cuma buat yang terbaik dan aku cuma inginkan yang terbaik. Terkadang terlalu memikirkan perasaan sendiri, perasaan orang lain aku abaikan dan aku ketepikan. Maafkan aku.

Semalam juga, si stalker! Dan aku rasa memang dia layak untuk dipanggil shit stalker oleh aku. Menyamar atau menggunakan nama ig lain untuk stalker ig aku. Untuk apa? Menggunakan ig baru, bukan pelik tapi engkau lahh follower dan engkau lahh following ig baru tersebut. Bodoh ! Why so stupid nak jadi heroin kononnya ? What the fuck lahh !

Why so angry? Yes. Aku marah sangat. Sebab dirinya tiada kaitan langsung dalam hidup aku dan apa perlu nak tahu tentang hidup aku ? Get your own life please ! Stupid sangat !

Hari ini kerja setengah hari. Sambung balance kerja semalam dan report yang tak dihantar semalam. Semakin membaik. Alhamdulillah. Semooga Tuhan permudahkan segala urusan aku hari ini, esok dan hari seterusnya. Aminn.

P/S : I miss you so badly , She Can't Be Named. Walau dari jauh :( Bye.

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction