Monday, October 26, 2015

STOP EVERYTHING...


Hai blogger. Hi si peneman hidup walau tak kelihatan. Hai tempat mengadu walau aku tak boleh peluk dan tumpang menangis dibahu kau. Hai segala tempat aku luah rasa hati yang akan ada org umum baca luahan hati ini. Hai teman, kekasih gelap dan nota yang aku titipkan segala rasa hati disini. 

Assalamualaikum ...

Kenapalah blogger ini bukan individu yang akan ada feedback two way communication yang aku boleh dapat semangat dan sokongan dari dia? Kenapa lahh blogger nehh bukan orang yang aku boleh peluk erat lepaskan segala rasa ini. Kenapa bukan kau blogger?

Aku perlukan kau. Aku perlukan seseorang yang aku boleh sandarkan kepala ini dibahu kau. Aku cuma nak tumpang menangis sepuas-puasnya dibahu itu. Aku nak kau turut rasai apa yang aku rasa disaat dan tika ini. Berilah aku kekuatan dan semangat yang telah hilang ini.

Stop crying and stop trying to control everything and just let go. Aku teramat kecewa dan aku benar-benar terluka. Akhirnyakan, bertahun itu tiada maknanya lagi. Tiada lagi yang perlu dikenangkan. Tiada lagi segalanya tentang kita. Apakah kau tahu dan rasa apa yang aku rasa tika dan saat aku tahu segaalanya yang teramat melukakan dibelakang aku? Apakah kau tak fikir atau apakah kau tak punya perasaan? Kau selfish memikirkan kebahagian kau seorang sahaja! Aku benci kau sangat! Benci-sebencinya kali ini.

Aku ikhlas, setia menanti penuh kesabaran tapi kau balas dengan penkhianatan. Aku tak nak kenal kau lagi dan aku takkan beri kau peluang lagi. Kerana aku cukup terluka dan luka ini takkan terubat walau apa sekalipon. Aku benci kau seumur hidupku. Pergi dan jangan kembali lagi dalam hidup aku!

Aku mula padamkan segala tentang kita. Aku cukup terkilan. Sampai terkadang aku tertanya, apakah salah aku sampai begini kau khianati aku? Apakah aku cuma layak untuk terus disakiti berulangkali? Sumpah aku cukup terluka dan kali ini aku lepaskan dengan hati yang terbuka dan jangan pernah datang lagi dalam kamus hidup aku.

Aku sayang segalanya dan kali ini aku akan move on untuk kehidupan yang lebih baik. InsyAllah walau aku tahu agak sukar untuk aku hadapi semua ini. Aku kuat dan aku pasti dengan adanya sokongan dari orang-orang yang tetap ada dikala aku tinggalkan mereka diwaktu aku bersama kau.

Kepada mereka yang kini ada disisi, maafkan aku atas sikap sebelum ini dan terima kasih kerana setia dengan aku ketika aku bahagia dan jatuh ini. Terima kasih dan aku tersangat menghargainya. Im speechless bila mereka datang dan mengambil berat akan tentang diri aku walau aku dalam keadaan duka sebegini. Terima kasih semua. Sokongan dan semangat yang mereka berikan adalah tangga untuk aku terus berusaha cekal dan tabahkan diri menghadapi saat-saat getir ini. Amin.

Walau aku tak kenal kau, tapi dengan pekanya kau tentang aku dan perjalanan hidup aku. Beri aku peluang untuk berubah. Tak sangka kan. Ada juga insan yang menghargai aku dalam diam dan aku tidak pernah tahu selama ini. Aku terharu namun tidak lahh semudah itu aku nak melupakan apa yang telah berlaku. Beri aku masa untuk aku menerima kawan yang aku tidak pernah kenal asal usulnya. Aku tahu telah lama kau cuba dan menanti, namu aku masih tidak bersedia dan aku perlu waktu. Aku bukan manusia yang sempurna dan aku perlu perbaiki diri sebelum aku ke langkah seterusnya dalam kehidupan. Alhamdulilah masih ada yang menghargai aku.

A big thanks to kakak yang selalu dengar luahan aku juga. Adek yang sentiasa faham akan perasaan dan masalah yang dihadapi oleh kakaknya. Aku tak terucap jutaan terima kasih itu. Akan aku jadikan nasihat itu sebagai pedoman agar aku mampu dan boleh kuat macam kau kakak ! Terima kasih !

Aku sayang mereka selamanya dan selamanya.
Terima kasih sekali lagi. Hati yang penuh luka, NLAD.

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction