Friday, October 16, 2015

Terhenti Seketika ...


Terhenti seketika aku kali ini. Menarik nafas lega dengan apa yang berlaku. Aku semakin rasa tabah. Semakin aku berani untuk berhadapan dengan kenyataan walau disaat tertentu itu air mata mengalir. Apakan daya, airmata sudah tiada ertinya lagi. Sia-sia. Menangis untuk sesuatu yang dah berakhir. Tiada gunanya namun aku tetap menangis kerana bahagia yang aku kecapi walau Tuhan pinjamkannya kepadaku hanya sebentar sahaja.

Aku masih mampu tersenyum walau senyum itu mungkin "FAKE" dimata mereka yang memahami isi hati ini. Memahami perasaan aku ketika dan waktu ini. Bergelora rasa hati. Mencari sesuatu yang boleh menghiburkan hati. Sesuatu yang boleh membuat senyuman ini terukir dibibir. Alhamdulillah, berkat keinsafan aku yang mula ke jalanmu Ya Allah, aku kini tabah dan kuat dan tidak selemah seperti dulu.

Betul dan aku sokong senyuman tak bermakna atau menunjukkan yang aku bahagia saja. Tapi senyuman juga tunjukkan yang aku strong enough. Come on Liz ! Aku boleh dan aku pasti boleh !

Dugaan demi dugaan yang datang dalam hidup ini. Ujian demi ujian yang aku terima. Inikan yang dinamakan manusia. Seperti manusia yang lain juga, pasti ada dugaannya. Dan kenapa pula mereka boleh dan aku tidak kan ? Disitu aku letakkan keyakinan. Putus cinta tak bermakna segalanya dah berakhir. Orang lain lagi teruk , lagi hebat dugaannya. Sedangkan aku yang cuma tekapai-kapai dan dihanyut dengan rasa putus cinta sahaja dah tak mampu nak harunginya ? Ohh! Tidak. Mungkin dulu aku ditapak itu, akan tetapi tidak lagi sekarang.

Mengertilah hati ini. Mengertilah apa mahunya aku disisimu. Aku bagai tiada tempat bermanja, tiada tempat mengadu. Tiada tempat untuk meletakkan kepala ini menumpang kasih dibahumu ketika air mata mengalir dipipi. Menagih kasih sayang yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Aku menagih segalanya. Sememamngnya aku adalah seorang yang ingin selalu dibelai, dimanja dan disisi sentiasa. Namun, aku gagal untuk terakhir kalinya.

Kerana silap, aku diabaikan. Kerana pentingkan diri, aku diketepikan. Kerana tak pernah fikirkan perasaan seseorang, aku sendiri makan hati. Segalanya bermula dengan aku. Maafkan aku atas segala-galanya. Kau yang terindah dan akan selamanya bersemadi dihati dan jiwa ini walau tiada lagi nama ini terpahat dihati dan hidupmu, Aku relakan jiwa. Aku pasrahkan diri menerima takdir kehidupan dan cinta ini. 

Sesungguhnya, aku adalah insan biasa. Yang tak punya apa-apa dan aku senantiasa sedar akan segala kekurangan itu. Maafkan aku dan aku melangkah pergi untuk melihat kau bahagia dengan hidup yang kau pilih. Aku redha dengan ketentuannya. Mungkin Tuhan telah menentukan sesuatu yang lebih baik untuk diri ini dan diri kamu, insan tersayang.

Salam rindu berserta sayang dari aku buat kau "She can't be named". Doaku agar kau selalu bahagia dan menjadi yang terbaik untuk yang akan datang.

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction