Wednesday, February 17, 2016

Aku atau Cik Liz ?

Assalamulaikum dunia …

Hari ini Cik Liz kurang sihat yee. Dari semalam lagi dah rasa tak sedap badan. Entah kenapa pon Cik Liz tak tahu. Batuk-batuk, selesema, hidung meleleh, head ache sikit, badan lesu yang tidak bermaya. Cik Liz susah nak sakit. Tapi bila dah mula nak jatuh sakit. Hah ! Padah jawapnya. Tapi ini sakit sikit jaa lahh. Small matter sebab Cik Liz kuat kan. Hehehehe. Sakit itu kan penghapus dosa kecil.

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani). Ya Tuhan, indahnya duniamu !

Cik Liz bekerja seperti hari-hari biasa yang berlalu. Hari ini rajin Cik Liz nak update entry. Bukan sebab ada kelapangan waktu, akan tetapi Cik Liz malas nak buat kerja hari ini. Disamping Cik Liz ambil kesempatan ini nak luahkan sikit perasaan dalam hati yang bergelora ini. Hehehe.

Nak berkarang ni bukannya mudah. Kena ambil mood. Masa pon diambil kira. Moood tak ada, macam mana nak express out kita punya feeling dan apa yang kita alami yang kita nak cuba luah serta taep dalam entry nehh. So bila dah rasa ada masa, ada idea, Cik Liz terus log in gmail/blogger then post lahh entry untuk hari ini.

Ada balance lebih kurang 7 hari untuk mood aku turn ON to Holiday mood! Pergi mana? Dekat jaa. Dalam Malaysia lagi. Nak pergi luar belum mampu lagi sebab dalam Malaysia pon tak habis pusing. Apatah lagi nak pergi luar Malaysia pulak. Kan?

Im waiting someone. Dia balik Malaysia dalam a few days ini. Esok balik dah. Mak nenek kesayangan Cik Liz sorang tuhh. Dok pergi kerja jauh-jauh. Hari-hari dok bergaduh dengan dia macam orang sakit mental. Tak Nampak depan mata, inilah akibatnya. Cuma mampu contact thru phone dan facetime jaa. Haihh. Dugaan hidup. Cik Liz rindu dia sangat! Rindu nak menggila sesama. Nak dibawa berjalan bergambar sana-sini. KANGEN !

Cik Liz sayang family tercinta. Tak boleh tanpa mereka. Itu pasti ! Cik Liz dah ada tiga anak buah tahu. Cantik, comel, cute dan unik macam Cik Liz. Hehehe. Nak perasan sikit jaa boleh kan. Kesemuanya perempuan. So dah ada bakal pemain netball pengganti kami-kami nehh nanti. Cukup untuk buat satu team. Alhamdulillah, Happy family!

Okay lahh. Mesti pelik kenapa buang tebiat guna panggilan Cik Liz yee? Sebab this year Cik Liz rasa diri macam dah tua sangat oorang dok sibuk Tanya aku bila, bila lagi, so better aku gelarkan diri dengan panggilan Cik Liz. So maknanya still single but not available sehingga Cik Liz jumpa ‘IMAM’ untuk Cik Liz nanti. InsyAllah. Suatu hari nanti. 

Cepat atau lambat dan Cik Liz tak terkejar-kejar untuk semua itu sebab Cik Liz masih tak tercapai apa yang Cik Liz sepatutnya buat untuk tengok parents Cik Liz tersenyum dengan kejayaan Cik Liz. Bukan tak nak kahwin, tapi mungkin belum sampai serunya. Cik Liz pasti akan tempuh ke alam itu nanti. InsyAllah. Doakan Cik Liz yee J

Jumpa lagi nanti pada next entry peeps. Cik Liz undur diri dulu. Sebab jam telah tepat pukul 5ptg. Cik Liz standby dan nak kemas-kemas nak balik dah. Have a great Wednesday and bye ! Wassalam.


No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction