Thursday, February 18, 2016

Hati sayu ...

Assalamualaikum dunia …

Entah kenapa hari ini Cik Liz berasa sangat sedih dan sungguh sayu hati ini. Sayu akan tentang seseorang. Cik Liz explain dan beritahu. Tapi dianggap Cik Liz hanya untuk permainkan perasaan dia. Dianggap Cik Liz tiada hati dan perasaan fikir tentang apa yang dia rasa tanpa text panjang dari Cik Liz untuk wish morning pagi tadi. Adakah itu menjadi kesalahan yang perlu untuk diperbesarkan? Cik Liz busy. Tapi Cik Liz ada masa untuk upload video dalam Instagram, ulas dia thru Whatsapp dengan Cik Liz tadi. Sayu sungguh Cik Liz rasa.


Maafkanlah Cik Liz. Cik Liz bukan sengaja. Bukan sesuka. Tak semua waktu atau kedaan yang  kita boleh nak taep text panjang-panjang kan? Harap memahami keadaan itu yee. Tidak semestinya tanpa text, tanpa call org itu tak penting bagi kita. As long, bila kita ingat dia, dalam hati kita ada dia, Cik Liz rasa dah cukup memadai sebab Cik Liz tak suka menunjuk tentang perihal Cik Liz. Bersederhana adalah yang sebaiknya kan?

Hari ini Cik Liz dah siapkan beberapa kerja yang sepatutnya Cik Liz buat. Alhamdulillah. Cik Liz lega kerja dah settle sikit tadi. Cuma Cik Liz penat dengan HSE Committee kilang nehh. Susahnya nak bagi komitmen dengan monthly task yang dah diberi pada mereka. Elaun dah bagi setip bulan, RM100.00 taw kita peruntukkan untuk committee members. Tapi tak semua buat kerja dengan ganjaran yang diberikan. Cik Liz nak kena monitor soorang-sorang. Penatlah Cik Liz macam ini kan. Dengan documentation yang tak pernah nak selesai. Merungut jaa Cik Liz sekarang. Huhhh.

Tadi attend briefing untuk PDP. Apa itu PDP? PDP itu stand for Performance and Development Process. Lebih Kurang untuk menilai Kualiti dan performance Kerja kita untuk this coming bonus payment lahh. First time Cik Liz kena buat ini. So Cik Liz masih malas nak buat lagi. Nanti-nantilah. Ini juga melibatkan tentang KPI Cik Liz sepanjang Bekerja di Kerry Ingredients nehh. InsyAllah, Penilaian baik dari boss awal tahun hari tuhh pasti membuahkan hasil yang lumayan. Hihihihi. Tinggi harapan Cik Liz yee.

Baiklah, jam menunjukkan tepat pukul 5. Otak dah fikir nak balik jaa. Cik Liz nak kemas-kemas barang dan apa jua yang seangkatan dengannya. Lepas tuhh, Cik Liz terus nak standby kat bawah. Hari ini Kakak Cik Liz amek Cik Liz balik kerja. Syukur, keluarga tersayang banyak membantu Cik Liz pergi dan balik kerja. Almaklumlahh, belum punya kereta sendiri lagi. InsyAllah. Akan ada tapi ta pasti bila. Harap dapat keluar kete Sebelum raya tahun ini. InsyAllah. Doakn Cik Liz yee.
Jumpa lagi. Selamat petang dan salam dari Cik Liz untuk hari ini J


I miss you , NHMA L

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction