Monday, May 8, 2017

Aku merinduiii kamu ...


Apa khabar duhai blogger kesayangan ? Agak lama aku tinggalkan kau dan kini aku kembali.
Kerana aku rindu. Rindu untuk terus menaip tentang hal kisah hidup aku yang bermacam-macam.
Ya Tuhan, Aku amat merindui untuk terus berblogging ! Namun, masa mencemburui aku !

Alhamdulillah, aku sihat walafiat hendaknya dan semakin bahagia dengan kehidupan sekarang. 
Tuhan yang maha esa, inilah kebahagian yang dinanti disebalik kekecewaan sebelum ini.
Tuhan itu maha adil dan Tuhan takkan menguji hambanya diluar kemampuannya.

Apa perkembangan aku sekarang? Bukan kerjaya yang berkembang badan pon sama naik. 
Pesat membangun dan melantak tak tentu masa. Kerana makan itu adalah satu kepuasan !
Disamping keluarga yang sama-sama kuat makan, nahaslah semakin membesar dengan cemerlang !
Jom makan dengan aku ! Selera membuak-buak jadinya.

Tidak mengapalah. Gemuk itu kan 'Awesome'. Hehehehehe. Janji comel apa.
Tak apakan puji diri sendiri ? Bukan selalu. Bagi chance sikit lahh.
Jangan takot nak makan yee kengkawan, janji BMI tak overweight. Usah kuathir okay !

Hari ini cuma nak cakap aku sangat rindu blogger ! Itu sahaja.
Nak peluk cium semua lahh ! Sebab cuma dia ada bersama aku selama ini dan aku harus menghargainya.
Dan aku tak pernah lupakan kau wahai blogger kesayangan.

InsyAllah, ada kelapangan waktu aku coret kisah yang aku nak kongsikan dengan semua.
Bukan nak bercerita perihal hidup supaya semua tahu, tapi aku suka lakukannya.
Sebab segalanya akan buat aku tersenyum bila aku baca balik apa yang aku bebelkan disini.

Itulah dunia blogger bagi aku. Blog dan perihal suka duka aku seorang hamba yang sentiasa untuk terus tabah, sabar dan berjuang untuk kehidupannya yang lebih baik dan sempurna !

Doa untuk aku yaa semua. Im so in love with you, blogger.
I will be back soon, ASAP !

Salam petang, Monday Blues :-) Muuahhhh

No comments:

nlad
A women with a different kinds of addiction